Walaupun pelbagai usaha telah diambilkira pihak Jabatan dalam memastikan kesahihan data, semua maklumat yang dipaparkan dalam GeoJohor adalah rujukan semata-mata. Maklumat ini tidak sah digunakan di dalam apa-apa perkara melibatkan transaksi, perundangan atau kegunaan rasmi melibatkan kerajaan Negeri Johor dan Malaysia.
Maklumat dianggap sah apabila ianya di keluarkan pihak PLAN Malaysia@Johor berdasarkan kepada Kaedah Bayaran Pembekalan Maklumat Perancangan Bandar dan Desa (Warta Jld 52 No 26, Tamabahan No 15 Perundangan pada 18 Disember 2008).
Maklumat lain selain daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor adalah dimiliki oleh Jabatan/Agensi seperti yang dinyatakan. Segala pengesahan dan pemilikan maklumat tersebut adalah tertakluk kepada dasar pemilikan maklumat Jabatan/Agensi terbabit.
GeoJohor merupakan satu aplikasi Portal Guna Tanah (Landuse Portal) Negeri Johor yang dibangunkan oleh PLAN Malysia@Johor. Aplikasi ini mengandungi Pangkalan Data Spatial berasaskan Sistem Maklumat Geografi (GIS) yang menghimpunkan sumber data dari pelbagai jabatan/agensi di Negeri Johor.
Aplikasi ini merupakan pusat sehenti (One Stop Center) - Pangkalan Data Spatial untuk rujukan pelbagai pihak sama ada disektor awam, swasta dan akademik. Ia juga dibangunkan selaras dengan Pelan Induk ICT Negeri Johor bagi meningkatkan sistem capaian maklumat kepada orang awam khususnya berkaitan perancangan guna tanah dan sekaligus dapat membudayakan ICT dalam urusan pentadbiran kerajaan.